Warga emas, dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan
Published on: Sunday, December 08, 2019
KINABATANGAN: Seorang warga emas dan dua kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah Isuzu Dmax dan Proton Saga Aerobik di Kg Jaya Baru di sini, Sabtu.
Empat anggota yang diketuai Hairul Jamal dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan digerakkan ke tempat kejadian, sejauh kira-kira 15 kilometer, susulan panggilan kecemasan pukul jam 9 pagi.
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pasukan bomba yang diketuai oleh PBK II Hairul Jamal bersama empat anggota tiba di tempat kejadian sejauh 15 km menggunakan sebuah jentera.
Pasukan itu membantu mengeluarkan warga emas dan dua kanak-kanak itu dari dalam Proton Saga dan mereka dikejarkan ke Hospital Kinabantan menggunakan ambulans, manakala tiga lagi yang menaiki Dmax terselamat.