Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


PRK Kimanis dalam tempoh 60 hari  
Published on: Tuesday, December 10, 2019
Text Size:

PRK Kimanis dalam tempoh 60 hari  
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kimanis bermula hari ini (Selasa), selaras dengan Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan pada Ahad berkata kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan SPR menerima perakuan Mahkamah Persekutuan telah mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Kimanis yang disandang Datuk Seri Anifah Aman pada 9 Mei 2018 adalah tidak sah dan terbatal menurut Seksyen 36A (3)(a), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here