Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


RM28 juta perlu baiki dua jalan terjejas tanah runtuh
Published on: Wednesday, December 11, 2019
By: Larry Ralon
Text Size:

RM28 juta perlu baiki dua  jalan terjejas tanah runtuh
TAMPARULI: Sehingga RM28 juta akan diperlukan untuk membaiki dua jalan yang rosak teruk akibat tanah runtuh, iaitu KM96.7 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan (antara Kundasang dan Ranau) dan yang terbaharu di Jalan Tamparuli-Kiulu. 

Ini adalah antara tiga masalah tanah runtuh utama menjejaskan jalan raya yang dilaporkan di negeri ini sejak malam Ahad lepas. Kejadian ketiga dilaporkan awal Selasa membabitkan satu jalan di Membakut yang ditimbus serpihan tanah daripada tanah runtuh tetapi mujurlah tiada kerosakan kepada jalan itu dan hanya memerlukan pembersihan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony berkata kerosakan di KM96.7 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan itu akan memerlukan antara RM20-RM25 juta untuk pembaikan, sementara kerosakan di Jalan Tamparuli-Kiulu akan memerlukan RM2.5-RM3 juta.

“Kerja pembaikan bagi Jalan Kundasang-Ranau akan bermula dengan segera. Mudah-mudahan ia dapat dilaksana segera, memandangkan sekarang adalah musim hujan,” katanya apabila ditemui semasa tinjauan beliau di tapak tanah runtuh Jalan Tamparuli-Kiulu di sini, Selasa. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Richard Jomiji Kinsil, dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Jo-Anna Sue Henley Rampas, antara lain, turut hadir.

Anthony berkata keutamaan penting mereka sekarang ini adalah kerja menyediakan jalan alternatif sementara di kedua-dua tapak tanah runtuh itu, di mana ia akan memerlukan dua hingga tiga hari untuk bagi tapak tanah runtuh jalan Kundasang-Ranau, bergantung pada keadaan cuaca, sementara di tapak tanah runtuh Tamparuli-Kiulu, ia dijangka mengambil sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyediakan jalan alternatif kerana masih ada ruang di bahu jalan yang boleh dilebarkan untuk tujuan itu.

Hanya dua jalan ini yang terputus sepenuhnya oleh tanah runtuh yang dilaporkan di negeri ini sejak Ahad lepas, katanya.

Aktiviti tarah bukit untuk pertanian dan pembinaan rumah di atas sebuah bukit dipercayai punca di sebalik tanah runtuh di KM96.7 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan pada malam Ahad lepas.

Mujur tiada kenderaan melalui kawasan itu apabila tanah runtuh itu berlaku pada pukul 9.40 malam, menjejaskan kawasan sebesar 80m x 15m x 10m, sehingga menyebabkan lalu lintas terkandas di kedua-dua belah.

Pemandu yang ingin menuju dari Kota Kinabalu ke Ranau dan sebaliknya perlu menggunakan laluan alternatif, iaitu Jalan Kg Dumpiring-Mohimboyon-Kibbas, Jalan Kibbas-Mohimboyon-Dumpiring dan Jalan Pinosuk-Kauluan-Kundasang.     Tanah runtuh di Jalan Tamparuli-Kiulu, membabitkan kawasan 28m x 10m x 50m, dilaporkan berlaku antara jam 3.30-4 pagi Selasa lepas disebabkan tanah di bawah permukaan jalan runtuh disebabkan tekanan air.

Ini mengakibatkan jalan itu terputus sepenuhnya, tetapi orang ramai masih boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kiulu Lawa Mondou /Jalan Kiulu Logkou Lama /Jalan Bungalio Logkou Timbok.   

“Kementerian saya, melalui Jabatan Kerja Raya, akan terus berjaga-jaga terhadap keadaan ini. Saya ingin menasihatkan semua pengguna jalan, khususnya di Tamparuli, Kundasang dan Ranau, supaya berjaga-jaga apabila berada di jalan raya, khususnya apabila melalui kawasan tepi bukit, terutamanya pada waktu malam dan semasa hujan.

“Kami di peringkat Kementerian akan mengeluarkan amaran jika perlu, melalui media sosial, radio dan sebagainya untuk perhatian pengguna jalan agar merka dapat melakukan tindakan perlu,” katanya.

Apabila ditanya, Anthony berkata dalam mesyuarat mereka lebih awal, yang membabitkan semua pihak berwajib, mereka mendapati bahawa pendekatan terbaik untuk menangani masalah tanah runtuh di KM96.7 itu adalah dengan membersihkan serpihan tanah yang menutup jalan raya dan membuat jalan alternatif sementara di tapak itu, sebelum kerja pembaikan penuh bermula dan peruntukan dapat disalurkan untuknya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here