Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Cuba eksport sisik tenggiling: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Thursday, December 12, 2019
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Cuba eksport sisik tenggiling: Lelaki diperintah bela diri
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 45 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan mengeksport sisik tenggiling bernilai lebih RM100 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu untuk Chai Kok Kiong selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chai pada Rabu.

Mahkamah menetapkan 30 dan 31 Januari tahun depan untuk pembelaan Chai.

Chai didakwa cuba mengeksport barang larangan yang disimpan dalam dua kontena dan setiap satu mengandungi 227 karung sisik tengggiling seberat 8,058.50kg bernilai RM100,570,080.

Kesalahan itu didakwa berlaku pukul 2.35 petang pada 13 Julai, 2017 di Pelabuhan Sepanggar, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda 10 kali dan 20 kali nilai barangan terlibat, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memanggil 27 saksi sepanjang perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Esa yang dibantu oleh Pegawai Pendakwa Nanang Lumpat daripada Jabatan Kastam mengendalikan pendakwaan.

Peguam Korvent Wheezar E Jomiji mewakili Chai. Ikat jamin Chai disambung sementara menunggu pembelaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here