Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Buat khianat: Penganggur dijel 12 bulan
Published on: Thursday, December 12, 2019
Text Size:

Buat khianat: Penganggur dijel 12 bulan
KOTA KINABALU:  Seorang penganggur lelaki berumur 31 tahun dipenjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan tingkap sebuah kereta di Putatan.

Nasrullah Taib menukar pengakuannya kepada bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana melakukan kesalahan itu ke atas harta kepunyaan Cassandra Chung pukul 4.30 pagi pada 15 November di tepi jalan dekat Putatan Point.

Dia pada 19 November lepas minta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan, menyatakan Nasrullah memecahkan cermin belakang kereta itu dan juga tingkap depan kanan dan kiri.

Pengadu dalam laporan polis menyatakan seorang lelaki, kemudian dikenal pasti sebagai Nasrullah tanpa sebarang sebab merosakkan keretanya dan dia percaya Nasrullah dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan terbabit.

Tidak diwakili, Nasrullah merayu hukuman ringan.

Dalam satu kes berasingan, seorang nelayan tempatan didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara kerana menceroboh kawasan pelantar minyak.

Omar Ajid mengaku melakukan kesalahan itu di kawasan pelantar minyak ERB West, dekat pulau Mengalum pukul 10.30 pagi pada 13 November.

Mahkamah diberitahu pendakwaan bahawa Omar ditahan oleh polis marin kerana menangkap ikan di bawah pelantar minyak yang diisytiharkan sebagai kawasan dan tempat larangan.

Bot dan peralatan menangkap ikan kepunyaan Omar turut dirampas.

Kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili, Omar merayu hukuman ringan.

Dia memaklumkan mahkamah bahawa dia ikut bersama rakannya untuk menangkap ikan di kawasan terbabit dan rakannya itu sekarang dipenjara atas kesalahan sama.

Inspektor Albert Basiri tampil untuk pendakwaan. – JAM





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here