Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Usia bukan penghalang kejar cita-cita
Published on: Thursday, December 12, 2019
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Usia bukan penghalang kejar cita-cita
USIA bukan penghalang untuk sesiapa sahaja mengejar cita-cita mereka.

Raja Ema Raja Ibrahim, 51, atau lebih dikenali sebagai Raja Ema berkata, dengan usaha dan komitmen, apa yang diusahakan itu pasti berjaya.

Beliau yang kini aktif menjual produk makanan di ibu negara juga tidak menyangka usaha kecil-kecilannya itu kini makin mendapat permintaan ramai.

“Pada mulanya saya hanya berniaga semasa bulan Ramadan di Singapura sahaja.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan, saya menerima tempahan di luar bulan Ramadan dan mendapat permintaan yang baik hingga kini,” tambahnya.

Bidang itu juga diceburi pada usianya kini selepas beliau aktif semula dalam bidang nyanyian pada 2012 dimana sebelum itu Raja Ema memberikan fokus sepenuhnya untuk menjaga anak-anaknya yang kini sudah dewasa.

Ini sekaligus membolehkannya fokus kepada perniagaannya itu kini dan menyediakan tempahan acar yang dimasaknya sendiri.

Beliau juga turut aktif mengeluarkan produk sendiri selain menjadi duta kepada produk yang lain sejurus kembali aktif pada 2012.

Raja Ema berkata demikian semasa menjadi artis undangan dan berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau sebagai usahawan baharu yang menguasahakan masakan acar ikan masin dan acar buah peach  kepada hadirin yang menghadiri Majlis Anugerah Keusahawanan di Sandakan baru-baru ini.

Katanya, belum terlewat bagi sesiapa sahaja mahu memulakan perniagaan asalkan mereka nekad untuk berjaya.

Raja Ema yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Yusni Jaafar itu berkata, beliau juga tidak ralat untuk mencuba dan mahu melihat potensi perniagaan berkenaan berjaya.

Dan kini hasilnya dapat dilihat dengan permintaan yang baik. 

“Mungkin pada hari ini saya dan anda semua masih belum menjadi jutawan.

“Tetapi adalah belum terlambat untuk kita semua berjaya bersama,” katanya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here