Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


PRK Kimanis: Bersatu Sabah nafi rancang sabotaj calon Warisan
Published on: Saturday, December 14, 2019
By: Ricardo Unto
Text Size:

PRK Kimanis: Bersatu Sabah  nafi rancang sabotaj calon Warisan
KOTA KINABALU:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menolak dakwaan bahawa ia akan melakukan sabotaj terhadap calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

Ketua Penerangannya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata dakwaan itu sekadar “tuduhan liar”.

“Sebenarnya, kami tidak sabar untuk ke Kimanis dan membantu Warisan menang,”  katanya di sini, Khamis lepas.

Khairul juga berkata Kimanis adalah platform yang baik “untuk semua orang berdamai.”

“Orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka tetapi akhirnya, tujuan kami sangat jelas bahawa Kimanis adalah untuk Warisan dan kami mesti memastikan Warisan menang besar.”

Beliau berkata keraguan terhadap Bersatu Sabah disebabkan oleh dakwaan hubungan dengan bekas ketua Umno Sabah Tan Sri Musa Aman.

“Sudah tentu terdapat beberapa isu tidak percaya terhadap Bersatu kerana kebanyakan ahli Warisan percaya bahawa Bersatu disokong oleh Tan Sri Musa.

“Sebenarnya ini tidak benar. Apabila kami memutuskan untuk menyertai Bersatu, kami bertemu dengan Tun Mahathir (Mohamad) dan beliau bersetuju dengan penubuhan Bersatu di Sabah untuk menjaga penduduk anak negeri di sini.

“Syarat pertama yang dikenakan oleh Tun (Mahathir) adalah untuk kami membantu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menjadi jambatan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Dia (Mahathir) memberikan arahan yang sangat khusus – Datuk Seri Shafie adalah Ketua Menteri dan kita mesti bekerjasama dengannya untuk memastikan semua rancangan dan hala tuju negeri dilaksanakan.

Lihat muka 2





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here