Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Industri buluh secara kluster bermula tahun depan: Teresa Kok
Published on: Saturday, December 14, 2019
Text Size:

Industri buluh secara kluster  bermula tahun depan: Teresa Kok
KOTA KINABALU: Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata pembangunan industri buluh secara kluster di negara ini akan dimulakan pada tahun hadapan dengan projek pertama iaitu pewujudan tapak semaian buluh di Taman Industri Perabot Lahat, Ulu Kinta, Perak.

Beliau berkata pembangunan tapak semaian di kawasan seluas 1.7 hektar itu selari dengan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia 2011-2020 yang mengariskan pembangunan industri buluh secara menyeluruh.

“Selain itu pembangunan makmal tisu kultur pengeluaran benih buluh dan penyelidikan untuk penghasilan sumber pokok buluh induk yang berkualiti dengan anggaran pengeluaran sebanyak 100,000 anak benih buluh sebulan juga sedang dirangka dan dilaksanakan dengan peruntukan awal sebanyak RM6 juta.

“Dengan pengeluaran benih yang mencukupi diharap pembangunan industri buluh dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih banyak pihak akan melibatkan diri dalam pembangunan industri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Industri Buluh: Sumber Ekonomi Baharu, di sini pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Kok berkata sumbangan ekonomi industri buluh Malaysia adalah masih kecil dengan nilai eksport produk pada tahun 2018 hanya RM9.9 juta berbanding dengan saiz pasaran buluh global yang dianggarkan sebanyak US$68.8 bilion setahun. – Bernama

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here