Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Dua warga emas hampir lemas kereta terbabas di parit
Published on: Saturday, December 14, 2019
By: Ahmad Ahpong
Text Size:

Dua warga emas hampir  lemas kereta terbabas di parit
BEAUFORT:  Dua warga emas diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selepas hampir lemas apabila kenderaan mereka terbabas di parit yang penuh dengan air pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort Mohammad Hasbollah Nenggok yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa yang berusia antara 65 dan 66 tahun ditemui di dalam kenderaan mereka semasa air mula memenuhi kenderaan itu.

“Kedua-dua mangsa berada di dalam Perodua Viva semasa kejadian itu berlaku di Jalan Kg Lumat,” katanya.

Mohd Hasbollah berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 2.13 petang  dan mengerahkan jentera bomba dan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama-sama dengan lapan anggota ke tempat kejadian.

Katanya kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here