Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki bawa parang ubahsuai di tempat awam kena 7 tahun
Published on: Saturday, December 14, 2019
Text Size:

Lelaki bawa parang ubahsuai di tempat awam kena 7 tahun
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipenjara tujuh tahun kerana memiliki sebatang kikir besi yang diubahsuai menjadi parang di tempat awam tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Sani Labok selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Sani.

Sani didapati bersalah memiliki senjata itu pada pukul 9.25 malam 27 Jun tahun ini di kaunter khidmat pelanggan berdekatan tempat masuk utama pusat beli-belah Imago, di sini.

Dia disabit di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawakan hukuman penjara antara lima dan 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah Sani menjalani hukuman penjaranya dari tarikh dia ditangkap pada 27 Jun tahun ini.

Selepas menjalani hukuman penjara itu, Sani diperintah supaya diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Raffie menjalankan pendakwaan sementara Sani tidak diwakili.

Beberapa saksi dipanggil semasa perbicaraan. – CDB 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here