Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Amang seksual: Guru muzik ketahui nasib 31 Januari
Published on: Saturday, December 14, 2019
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Amang seksual: Guru muzik  ketahui nasib 31 Januari
KOTA KINABALU:  Seorang guru muzik tempatan berumur 29 tahun yang didakwa melakukan amang seksual terhadap muridnya yang berusia enam tahun, akan mengetahui nasibnya pada 31 Januari tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi Darrel Nicholas Kinson selepas pembelaan menutup kesnya setelah memanggil empat saksi dalam perbicaraan.

Mahkamah juga menetapkan pada atau sebelum 6 Januari tahun depan untuk penghujahan daripada kedua-dua pihak.

Darrel dituduh meraba kemaluan kanak-kanak lelaki itu dan menghisap putingnya, mencium mulutnya selain membuatkan budak itu menyentuh kemaluan tertuduh antara jam 4.30 petang dan 5.30 petang pada 1 Jun 2018 di sebuah sekolah muzik, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Peguam Sugumar Balakrishnan mewakili Darrel.

Dalam kes lain, dua lelaki masing-masing dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan rotan kerana kemasukan haram.

Warga asing itu dijatuhi hukuman tersebut selepas mereka mengaku bersalah kepada tuduhan terhadap mereka.

Nasir Roxy dan Khaisar Jainuddin didapati memasuki negeri ini secara haram selepas gagal menunjukkan dokumen sah mereka semasa operasi di kawasan bandaraya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dipenjara empat bulan kerana tinggal terlalu lama di negeri ini.

Habibullah Narkis Banu mengaku tinggal di negeri ini selepas pasportnya tamat tempoh.

Selepas menjalani hukuman penjara, ketiga-tiga tertuduh diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here