KENINGAU: Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan Sukan Sabah (Saga) IX yang berakhir di Kompleks Sukan Keningau, di sini, Jumaat.
Kota Kinabalu pada Jumaat menambah satu lagi kilauan emas menerusi acara hoki lelaki untuk mengumpul 30 pingat emas 26 perak dan 23 gangsa bagi menduduki tempat pertama sekali gus menjadi juara keseluruhan.
ADVERTISEMENT
Juara bertahan, Keningau selepas mengumpul pingat emas dan peraknya pada hari terakhir (Jumaat) menerusi acara hoki wanita dan lelaki, terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan pungutan pingat 26 emas 19 perak dan 17 gangsa manakala Tawau di tempat ketiga dengan 15 emas 16 perak dan 19 gangsa.
Steven Lee Vun Lin dari Tawau yang bersaing untuk acara berbasikal dan atlet memanah Kaitlyn Hannah Sernam dari Kota Kinabalu, dipilih sebagai Olahraga dan Olahragawan Saga IX Keningau 2019.
Steven, 17, memenangi empat emas dalam acara basikal ujian masa berpasukan, ujian masa individu, ujian masa 1000 meter dan Criterium. Steven turut menang satu pingat perak dalam pecut 200 meter.
Kaitlyn Hannah, 14, menang tiga emas dan satu rekod baharu. Pingat emas yang dimenanginya adalah dari acara Recurve wanita, Elimination Olympic Round (Recurve Wanita) dan the Elimination Olympic Round (Recurve Campuran).ADVERTISEMENT
Pada Saga IX yang diadakan di lima venue, iaitu Keningau, Tambunan, Tenom, Sook dan Nabawan sejak 7-13 Disember juga menyaksikan 13 rekod baharu Saga dicipta pada kejohanan olahraga yang diadakan di Kompleks Sukan Nabawan.
Deaigo Emmanuel Wayring dari Kota Marudu mencatatkan rekod baharu 55.22s dalam 400m lari berpagar lelaki untuk memadamkan rekod lama 55.98s oleh Nadhir Nail Sarjo dari Ranau pada 2017. Mohammad Nor Musyaraf Mohd Sari dari Sandakan dalam 100m lelaki dengan masa 10.76 memecahkan rekod 10.80s yang dihasilkan oleh Hikaru Miles Vincent of dari Kota Kinabalu pada 2013.
ADVERTISEMENT
Lompat jauh wanita, Feova Lim Yi Fei dari Tuaran turut mencipta rekod baharu dengan jarak 5.52 meter mengatasi 5.50 meter oleh Nurul Artiqah Sukur dari Penampang pada 2011. Lompat tinggi lelaki, Mohamad Eizlan Dahalan dari Tawau dengan 2.05 meter yang memadamkan rekod 1.98 meter oleh Teo Lee Kee dari Nabawan pada 2015 dan Farell Glen Felix Jurus dari Tenom pada 2017.
Nobenecka Pinalus dari Keningau turut mencatatkan rekod baharu 35.95 dalam acara lempar cakera wanita untuk memadamkan rekod lama 34.48 meter yang dicipta Froneka Mail dari Kudat pada 2011 manakala Mirach Han dari Tawau mencatatkan rekod baharu dalam acara lempar cakera lelaki untuk mengatasi rekod terdahulu 36.82 meter oleh Jerome Chong Tze Loong dari DBKK pada 2011.
Bagi acara 800 meter wanita, atlet Keningau Hizillawanty Jamain mencipta rekod baharu 2:24.48s untuk meleburkan rekod 2:27.31s yang direkodkan Salesnella Gabi dari Ranau pada 2013. Untuk acara 400 meter wanita, Chelsea Casskopea Evali Bopulas dari Tawau menghasilkan rekod baharu dengan 56.25s untuk memecahkan rekod 57.82 oleh Fathin Taqihah Mohd Yusof dari Tawau pada 2013.
Romieo Gomboh dari Kota Kinabalu mencipta rekod baharu dengan catatan 4:17.7s dalam acara 1500 meter lelaki untuk memadamkan rekod 4:21.88s yang dicatatkan oleh Mohd Erwan Amir dari Sandakan pada 2017. Olivia Da Onidian Janis dari Ranau membuat rekod baharu dalam acara merejam lembing dengan 37.12 meter sekali gus memecahkan rekodnya sendiri pada 35.93 yang diciptanya pada 2017.
Untuk lontar peluru lelaki, Mirach Han dari Tawau mencatatkan rekod baharu 13.35 mengatasi 12.71 meter yang dicipta oleh Max Anzie Jetol dari Kudat pada 2011. Muhammad Sunik Muslimin dari Kinabatangan mencipta rekod baharu lompat kijang lelaki dengan jarak 15.13 meter, memadamkan rekod 15.03 meter yang dicatatkan oleh El Said Abdel Aziz dari Kudat pada 2013.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Romieo Gomboh dari Kota Kinabalu turut mencipta rekod baharu dalam 5000 meter lelaki dengan catatan masa 16:37.40s memadamkan rekod 17:52.56s yang sebelum ini dicipta oleh Mohamed Faizal Rahmatullah dari Tuaran pada 2017.
Acara penutupan Saga IX Keningau 2019 dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe.