Sukan Sabah: KK tundukkan Keningau, muncul johan hoki lelaki
Published on: Saturday, December 14, 2019
By: Johan Aziz
KENINGAU: Kota Kinabalu muncul juara dalam acara akhir Hoki Lelaki yang diadakan di Kompleks Sukan Keningau, di sini, Jumaat.Kota Kinabalu menewaskan juara bertahan Keningau dengan jaringan 4-2.
ADVERTISEMENT
Penjaring dari Kota Kinabalu adalah Morris Ramilan pada minit-26, Chyreal Harvie Ahinin pada minit ke-31, Mohamad Syafiq pada minit ke-34 dan Nasrul Syahkhir Sadikul pada minit ke-48.
Penjaring untuk Keningau adalah Jayson Jainol pada minit ke-36 dan Cristoper Sikta @ Stephen pada 41 minit.
Kemenangan itu menyumbang emas untuk Kota Kinabalu, perak untuk Keningau manakala Papar gangsa.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Dalam acara hoki wanita, Keningau menewaskan Tawau dengan gol 1-0. Keningau menang emas, Tawau perak dan gangsa Tenom.
ADVERTISEMENT
Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah K.S.Tan dan pegawai lain turut menyaksikan perlawanan itu dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang acara hoki lelaki dan wanita.