Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


PSS adalah syor RCI
Published on: Sunday, December 15, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

PSS adalah syor RCI
KOTA KINABALU:  Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman (gambar) berkata Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dilaksana pada Jun tahun depan, merupakan salah satu syor dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa izin di Sabah.

“Beberapa lama dahulu RCI membuat syor ini mengenai pendatang tanpa izin dan itulah yang kami teruskan.

“Ia telah dimulakan sejak kerajaan sebelum ini, dengan beberapa siri mesyuarat di peringkat jawatankuasa, dan Datuk Zahid (bekas Menteri Dalam Negeri) datang ke Sabah untuk berjumpa dengan Tan Sri Musa Aman (bekas Ketua Menteri Sabah).

“Jadi apabila kami mengambil alih kerajaan, kami diberi taklimat mengenai perkara ini dan kami tiada masalah untuk meneruskannya seperti yang RCI cadangkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (SUKEB) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah (Pertafa), Jumaat lepas.

Azis berkata ia pelik apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) menyelar mereka berkenaan PSS sedangkan PBS merupakan sebahagian daripada kerajaan terdahulu apabila jawatankuasaitu itu dibentuk.

“Apabila orang menuduh kami, mengatakan ia adalah idea Parti Warisan Sabah, bahawa kami melindungi pendatang tanpa izin (PTI) kerana kami mahu memberikan PSS … ini bukan salah kami kerana ia adalah syor kerajaan terdahulu iaitu syor RCI, ia dimulakan oleh mereka.

“Saya telah menyediakan minit dan data dari beberapa tahun lepas, dan ini akan menunjukkan bukti bahawa ia telah dimulakan beberapa tahun lepas,” katanya.

Mengenai tunjuk perasaan aman “Black Sunday” yang akan diadakan hari ini (Ahad), beliau berkata, “Ini adalah kerajaan Pakatan Harapan dan bukan Barisan Nasional, setiap individu mempunyai hak untuk berhimpun dan kerajaan sekarang membenarkan setiap individu berhimpun selagi peraturan dipatuhi.

“Persoalannya adalah, adakah mereka memahami PSS? Saya sebagai Timbalan Menteri kecewa kerana orang di sebalik bantahan PSS sebenarnya tidak memahami PSS sepenuhnya.

“Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana individu daripada berhimpun selagi mereka mematuhi undang-undang dan peraturan, memaklumkan pihak berkuasa dan mempunyai permit. Biar mereka berhimpun. Sepanjang pengetahuan kami, PSS akan dilaksanakan mengikut jadual yang kami sebutkan,” katanya.

Azis berkata sesi taklimat umum mengenai PSS akan diadakan pada awal Januari. “Kami akan menjemput pemimpin, termasuk pembangkang. Jadi mereka harus datang, ini adalah undangan rasmi saya kepada mereka,” katanya.

Parti Maju Sabah (SAPP) menganjurkan tunjuk perasaan aman “Black Sunday” hari ini bagi membantah rancangan Putrajaya untuk melaksanakan PSS bagi pendatang asing di negeri ini.

Ketua pemuda parti itu, Jamain Sarudin berkata SAPP percaya pengeluaran PSS adalah satu cubaan kerajaan sekarang untuk mengiktiraf kehadiran pendatang tanpa izin di negeri ini.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here