Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


RM20j untuk rancangan tebatan banjir Membakut: KM
Published on: Sunday, December 15, 2019
Text Size:

RM20j untuk rancangan tebatan banjir Membakut: KM
BEAUFORT: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir di Membakut, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata peruntukan diluluskan dalam Pelan Pusingan Keempat, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) itu akan dilaksanakan dalam RMK12 (2021-2025) selepas kajian mengenainya selesai dibuat, termasuk mengenal pasti masalah selain menyediakan langkah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Kajian itu antara lain melibatkan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut merangkumi empat batang sungai iaitu Sungai Membakut, Sungai Damit, Sungai Terusan dan Sungai Binsulok, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir Beaufort dan Membakut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon, di sini, Sabtu.

Shafie berkata projek pembangunan tebatan banjir itu amat penting dalam memastikan masalah banjir yang sering melanda Membakut termasuk kawasan berhampiran seperti Beaufort, Kuala Penyu dan Kimanis dapat diatasi secara lebih efisien.

”Ini adalah insiatif untuk kita merealisasikan mitigasi banjir di sini termasuk mengorek dan mendalamkan sungai berhampiran bagi membolehkan saliran air lancar seterusnya sungai tidak cetek atau bertakung sehingga mengakibatkan banjir.

“Kita akan tubuh sebuah jawatankuasa dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Safar Untong) akan memantau kerangka rancangan mengatasi masalah banjir di kawasan ini,” katanya.

Shafie berkata projek mitigasi banjir itu juga penting memandangkan kekerapan banjir di Membakut yang agak tinggi telah menjejaskan penduduk setempat, jalan perhubungan, kawasan pertanian dan bekalan air bersih.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafie berkata, kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan  kawasan khusus bagi PPS supaya bangunan sekolah tidak digunakan untuk menempatkan mangsa banjir.

Pada lawatan itu, Shafie turut menyampaikan sumbangan wang ihsan masing-masing RM400 daripada kerajaan negeri kepada 160 ketua keluarga terjejas dalam banjir tersebut.

Mangsa banjir turut menerima barangan keperluan makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Agensi Pengurusan Bencana Negara. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here