Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Pemandu teksi hampir  disamun penumpang
Published on: Sunday, December 15, 2019
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Pemandu teksi hampir  disamun penumpang
SANDAKAN: Seorang pemandu teksi berumur 66 tahun, hampir menjadi mangsa samun oleh penumpangnya sendiri dalam kejadian di Batu 5 Jalan Sibuga di sini, pada Jumaat.

Ketua polis daerah, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian berlaku, suspek lelaki berumur 38 tahun menaiki teksi mangsa dari pusat bandar hendak ke Sibuga. 

Apabila tiba di lokasi kejadian, suspek menarik beg sandang milik mangsa namun gagal. 

Perbuatan tersebut memaksa warga emas itu memberhentikan teksinya di tengah jalan dan berlaku adegan tarik menarik antara mangsa dan suspek.

Tindakan pantas sepasukan anggota polis yang kebetulan lalu di kawasan tersebut berjaya menahan suspek yang cuba melarikan diri.

Suspek kini ditahan reman, kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here