Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Sukan bukan sekadar untuk jadi sihat – Azis Jamman
Published on: Sunday, December 15, 2019
By: GL Oh
Text Size:

Sukan bukan sekadar untuk jadi sihat – Azis Jamman
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman yang juga Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), berkata sukan lebih daripada sekadar untuk menjadi sihat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sepak Takraw merangkap Majlis Ramah Mesra Pemadam Bandaraya anjuran Pemadam Bandaraya Kota Kinabalu di Pusat Komuniti Kota Kinabalu di sini pada Sabtu. 

“Sukan bukan sekadar mengenai aktiviti kecergasan kesihatan tetapi dengan menganjurkan acara seperti itu, ia juga boleh menghantar mesej kepada orang ramai.

“Kejohanan sepak takraw ini adalah satu daripada program yang dianjurkan oleh Pemadam, dan ia bukan sahaja untuk mencungkil bakat dalam sukan, tetapi juga untuk menjadikan orang ramai sedar mengenai Pemadam dan mesejnya, terutamanya kepada belia mengenai aspek negatif jika menggunakan dadah.

“Seperti yang kita lihat terdapat pameran di sini memaparkan bahaya dadah yang mungkin menjejaskan masa depan mereka, dan kita perlu lebih kreatif untuk memenuhi cita rasa generasi muda apabila mendekati mereka untuk menyebarkan sesuatu mesej. 

“Kita mesti tahu cita rasa mereka dan bukannya menghidangkan mereka dengan sesuatu yang mereka tidak minat. Sebagai contoh ia mustahil untuk menghantar mesej yang tepat kepada generasi muda jika kita memanggil artis veteran untuk menghiburkan mereka dalam sesuatu majlis, kerana mereka mungkin tidak akan hadir,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 20 pasukan mengambil bahagian dalam acara tiga hari itu dan turut hadir ialah Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip dan Karim Rahim, pengurus DBKK Holdings Sdn Bhd, yang juga ketua biro belia Pemadam Bandaraya Kota Kinabalu. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here