FNF Auto/Era Dymax juara Sabah Drag Battle Sandakan 2019
Published on: Sunday, December 15, 2019
By: Mail Mathew
KOTA KINABALU: Pasukan FNF Auto/Era Dymax muncul juara dalam kategori NA 1.8 cc True Street (Non Vtec) pada Sabah Drag Battle Sandakan 2019 (STC Chapter) selepas kiraan masa terbaik “Elapsed Time” (ET) iaitu 13.2 sec menewaskan pasukan yang lain.
Pegawai Perhubungannya Nur Natisha Abdullah memberitahu bahawa kemenangan FNF Auto/Era Dymax itu merupakan kali kedua dalam tahun yang sama.
ADVERTISEMENT
Bagaimanapun, beliau agak kurang yakin pada awalnya pasukan itu dapat mengulangi kejayaan yang pernah dilakarkannya pada masa lalu memandangkan keadaan cuaca pada kali ini kurang baik selalu hujan.
“Namun demikian, syabas dan tahniah kepada krew pasukan FNF Auto/Era Dymax kerana mampu melakukannya walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik,” katanya pada Sabtu.
Ditanya apakah perancangan dan harapan FNF Auto/Era Dymax untuk terus meningkat naik ke peringkat profesional selepas ini, Nur berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk melangkah ke peringkat profesional namun usaha berterusan digiatkan dan tidak mustahil ia sukar untuk sampai ke sana suatu masa kelak.
“Penggiat sukan permotoran amatur di Sabah mengharapkan agar kerajaan akan membina satu trek/litar sukan itu yang agak hampir setaraf dengan litar profesional supaya anak anak buah kami dapat berlatih dilitar itu selain kerap mengadakan kejohanan untuk menguji tahap kecekapan kami.
ADVERTISEMENT
“Nampaknya, apa yang kami perhatikan lebih ramai golongan muda tampil menceburkan diri didalam sukan ini dan ia menunjukkan sukan ini semakin diminati ramai golongan belia suatu hari kelak,” katanya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Sukan permotoran amatur dibawah kelolaan MUSC Motorsports sebuah pertubuhan sukan berstatus NGO berdaftar dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia merupakan penganjur utama sukan permotoran ini.
ADVERTISEMENT
“Syukur Alhamdulilah diberi peluang sekali lagi untuk bergelar Juara dalam Sabah Drag Battle 2019 kategori NA 1.8 True Street, terima kasih kepada Era Dymax, Along Garage, Jo1 Racing, Eighty8 Pro shop, Ludmis Crew Towing, tidak lupa juga buat joki kami Angah Dragstar dan semua krew FNF Auto (rakan-rakan dan keluarga) yang banyak membantu...kemenangan ini milik anda semua Sandakan,” katanya.