Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


128 sekolah akan terima sumbangan kewangan
Published on: Friday, January 03, 2020
By: Raisha Dania
Text Size:

128 sekolah akan terima  sumbangan kewangan
MEMBAKUT: Sebanyak 128 buah sekolah dari sekitar daerah Beaufort dan Papar bakal menerima sumbangan kewangan bagi tujuan penambahbaikan dan keceriaan sekolah masing-masing.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata peruntukan sebanyak RM432,000 diberikan khusus bagi penambahbaikan persekitaran dan keceriaan sekolah.

“Sebanyak 104 buah sekolah rendah masing-masing bakal menerima sumbangan sebanyak RM3,000 manakala 24 buah sekolah menengah pula akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

“Jumlah kewangan yang besar iaitu sebanyak RM432,000 diberikan khas untuk tujuan ini dan diharapkan setiap PIBG akan menggunakan sumbangan itu untuk penambahbaikan persekitaran pembelajaran dan keceriaan sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian program Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Warga Pendidikan PPD Beaufort dan PPD Papar di SK Binsulok, Membakut, di sini, pada Khamis. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistrine Radin, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jasmine Teo dan Guru Besar SK Binsulok, Membakut.

Beliau turut berkata dalam ucapannya mengakui prasana dan fasiliti pendidikan di Sabah agak ketinggalan berbanding negeri lain.

“Sebelum ini, negeri Sabah sering berada di tempat ke-16 dalam pencapaian pelajaran  seluruh Malaysia.  Prasarana dan fasiliti pendidikan di sini agak jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung dan Sarawak menjadi antara faktornya.

“Bayangkan 45 peratus sekolah di negeri Sabah telah dikategorikan sebagai sekolah daif di mana sebanyak 92 buah sekolah telah disahkan tidak selamat untuk diduduki. Saya percaya jumlah ini akan terus meningkat pada masa hadapan.  

“Daripada senarai 128 penerima pada hari ini, 35 buah sekolah telah dikategorikan sebagai sekolah daif namun sebanyak lapan buah sekolah iaitu SK Pengalat Besar, SK Mandahan, SK Kaiduan, SK Kogopon, SK Ulu Lumagar, SK Pekan Bongawan, SK Rampazan dan SK Kg Brunei telah diluluskan untuk pengantian penuh melalui kaedah konvensional,” katanya.

Dr Yusof menggesa agar jabatan dan kementerian berkaitan untuk lebih peka dan berusaha keras agar pelajar di Sabah mampu menikmati fasiliti dan kemudahan sekolah yang lebih baik.

“Saya berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bekerja lebih keras dalam memastikan pelajar kita menikmati fasiliti serta kemudahan sekolah yang setaraf dengan negeri lain,” katanya.

Dr Yusof turut memaklumkan Kementerian akan memohon sejumlah peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk program Gotong Royong PIBG kelak.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here