Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


SHA, SSMS kerjasama bangunkan hoki di Sabah
Published on: Tuesday, January 14, 2020
By: GL Oh
Text Size:

SHA, SSMS kerjasama  bangunkan hoki di Sabah
KOTA KINABALU:  Persatuan Hoki Sabah (SHA) dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) akan berganding bahu membangunkan sukan itu di negeri ini. 

Dua pihak itu membuat ikrar tersebut selepas Presiden SHA Dato’ Sri (Dr) Anil Jeet Singh mengetuai satu delegasi untuk bertemu Pengetua SSMS Madsarin bin Rahim di Sepanggar pada Isnin. 

Beliau diiringi oleh naib presiden Josy Majalap, setiausaha Avtar Singh Bal, bendahari Pritam Singh, ketua jurulatih yang baharu Yahya Atan, Ahmad Nizam Yusof, dan turut hadir ialah pegawai kanan SSMS, Mohd Kassnizam Hj Abd Kassim dan Noorhanizam bin Mohamad serta jurulatih sekolah itu, Hilary John Baptist, Ibrisam bin Nadzri, Mohd Aminuddin bin Ibrahim, Hasrul bin Jideh dan Sharil Izam bin Muara. 

Anil berterima kasih dengan peluang yang diberi oleh SSMS terutamanya Madsarin untuk bertemu bagi membincangkan pembangunan hoki di Sabah. 

“Pertemuan ini lebih kepada perbincangan dari hati ke hati mengenai bagaimana kami boleh bekerja bersama untuk pembangunan hoki di Sabah.

“Kami berterima kasih kepada sekolah itu atas sokongan mereka ke arah pembangunan hoki di sini kerana apabila anda melihat pasukan negeri kita, termasuk skuad Sukma, kebanyakan pemain adalah dari sekolah itu dan kami benar-benar menghargai apa yang mereka buat untuk sukan itu di negeri ini. 

“Kami turut percaya bahawa jika kami boleh bekerja sama dan mempunyai persefahaman komprehensif dengan sekolah itu kita boleh mencapai lebih banyak untuk sukan itu,” katanya. 

Madsarin, sementara itu mendedahkan bahawa peraturan tertentu perlu dipenuhi sebelum mereka boleh melepaskan pelajar untuk bermain untuk negeri, dan sekolah itu turut memberi perhatian kepada kecemerlangan akademik pelajar. 

Sementara itu, Anil berharap pasukan Sukma negeri akan dapat bangkit apabila bertemu Mutiara Impian-MSSPP-PSHA pada kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas bermula jam 4 petang ini, susulan kekalahan 3-0 kepada Terengganu Ladies HT pada perlawanan pembukaan Ahad lepas.

“Walaupun kita tidak mengharapkan mereka untuk melakukan dengan baik dalam pertandingan itu tetapi kita berharap mereka akan memberikan tentangan sengit kepada Mutiara Impian-MSSPP-PSHA.

“Mereka masih dalam proses pembelajaran bersaing pada peringkat pertandingan ini dan keutamaan kami adalah Sukma di Johor pada Julai di mana kita berharap dapat memenangi emas,” katanya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here