Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Tambadau bakal diuji dua kelab Filipina
Published on: Tuesday, January 14, 2020
Text Size:

Tambadau bakal diuji dua kelab Filipina
KOTA KINABALU: Tambadau Sabah akan ke Filipina menentang dua kelab tempatan untuk jelajah pra musim pertama mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran Liga Super musim ini.

Mereka akan bertemu Kaya FC Iloilo pada 21 Januari disusuli perlawanan menentang Stallion laguna FC dua hari kemudian (23 Januari).

Pengurus pasukan Henry Saimpon, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah percaya jelayah itu akan memberikan ujian sukar kepada pemain dan juga memberikan gambaran yang jelas kepada jurulatih mengenai pasukan.

“Ia akan menjadi ujian besar pertama untuk pasukan sebelum permulaan musim. Dua pasukan itu mempunyai banyak pemain import jadi saya percaya perlawanan itu akan memberikan idea tambahan kepada jurulatih mengenai bagaimana memperkuatkan pasukan ketika kita bersiap menghadapi cabaran musim ini,” katanya Isnin.

Pasukan itu mungkin akan mempunyai 22 pemain termasuk pemain import asing Dennis Buschening, 28, dan bekas pemain Hector Omar Ramos Lebron yang kedua-duanya hampir menyertai pasukan secara rasmi. 

Dennis, pernah bermain di Liga Jerman dan Liga Thai sebelum ini, sementara Ramos kali terakhir bermain untuk Sabah pada musim 2018.

Pemain antarabangsa Puerto Rico berumur 29 tahun itu merupakan penjaring Sabah semasa bersama pasukan dengan 20 gol dalam 18 penampilan.

Dengan tambahan dua pemain itu, Sabah akan mempunyai empat pemain import dengan pemain Serbia, Rodoljub Paunovic, 34 dan pemain Korea Selatan Park Tae Su, 30, dikekalkan dari musim lepas. 

Sementara itu, Tambadau Sabah dengan pelantikan bekas pemain antarabangsa Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih susulan kenaikan ke Liga Super akan membuka kempen menentang Polis di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 1 Mac. – GL Oh

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here