HEADLINES :




Lelaki ambil syabu kali kelima kena 5 tahun
Published on: Tuesday, January 14, 2020
By: Cynthia D Baga

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 47 tahun yang memberitahu mahkamah bahawa dia mengambil syabu untuk tujuan kerja, dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil syabu berulang kali.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Hussin Walig yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.

Hussin didapati mengambil dadah itu pada 30 Ogos 2019 selepas kencingnya diuji positif untuk dadah itu di balai polis, di sini.

Mahkamah mendengar bahawa dia mempunyai empat sabitan lampau untuk kesalahan sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu dibaca bersama di bawah Seksyen 39C (1)(b) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Hussin diperintah supaya menjalani hukuman penjaranya dari tarikh dia ditangkap, dan selepas hukuman penjara itu selesai, mahkamah memerintahnya ditempatkan di bawah pengawasanu polis selama dua tahun.

Semasa rayuan, Hussin memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan jenayah tetapi hanya mengambil syabu untuk tujuan kerjanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Raffie menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab bahwa Hussin telah berulang kali mengambil dadah itu dan ia menunjukkan dia tidak insaf.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 30 Januari untuk penjatuhan hukuman seorang lelaki berumur 48 tahun yang didakwa atas dua tuduhan memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label untuk dijual.

Mahkamah menetapkan tarikh itu bagi Ramlan Seperah selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan-tuduhan terhadapnya pada Isnin.

Bagi tuduhan pertama, Ramlan dituduh memiliki lapan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan pada pukul 3.40 petang 26 Februari 2019 di premis Roswad & Sons di University Utama Square di Jalan Norowot, Telipok.

Kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu membawakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM25,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki dua kosmetik tanpa label di tempat dan masa yang sama.

Semasa rayuannya, Ramlan berkata dia tidak sedar bahawa produk-produk itu tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Dia kemudiannya meminta pertimbangan mahkamah untuk membenarkan dia membayar denda itu secara ansuran.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular