HEADLINES :




Warga emas sebabkan kemalangan didenda RM4,500
Published on: Tuesday, January 14, 2020

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 64 tahun didenda RM4,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Trafik di sini pada Isnin kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan satu kemalangan pada tahun lepas.

Abd Kassim Binsin @ Abu Kassim mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kepada perlakuan kesalahan itu semasa memandu sebuah kenderaan 4WD di sepanjang Jalan Papar – Kota Kinabalu di simpang ke pasar mingguan Putatan pada pukul 4.50 petang 20 Mac 2019.

Mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa Kassim, yang memasuki jalan utama dari simpang itu, memandu kenderaannya ke lorong kanan untuk membuat pusingan-U dan dirempuh oleh sebuah kereta Proton Iswara, yang berada di lorong kanan tersebut.

Kereta Iswara itu melanggar pembahagi jalan disebabkan impak kemalangan dan pemandunya mengalami kecederaan di mana enam tulang rusuk kanannya patah sementara Kassim tidak cedera.

Kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) itu membawa denda antara RM4,000 dan RM10,000, dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana memandu ddalam keadaan mabuk.

Jaidie Julian mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 1 pagi 2 Februari 2019 di Kalan Bundusan di Penampang.

Tuduhan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu memperuntukkan denda antara RM1,000 dan RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Inspektor Trafik Mohd Firdaus Che Mustafa menjalankan pendakwaan. – JAM 

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular