Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Konduktor bas nafi samun, cederakan pemandu Grab
Published on: Thursday, January 16, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Konduktor bas nafi samun, cederakan pemandu Grab
KOTA KINABALU: Seorang konduktor bas berumur 22 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas pertuduhan menyamun dan mencederakan seorang pemandu Grab wanita di Papar, minggu lepas.

Mohd Isyak Donal, yang dibawa dihadapan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas Liew Hen Wah, 59, pukul 10 pagi pada 7 Januari di Kg Gana, Kinarut.

Isyak dari Semporna didakwa mengiku Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas orang lain ketika melakukan rompakan.

Ummu menetapkan 30 Januari untuk pengurusan pra-perbicaraan kes dan membebaskan Isyak dengan ikat jamin sebanyak RM6,000 deposit penuh serta dua orang penjamain tempatan yang mempunyai alamat sama dengan alamat di kad pengenalan Isyak.

Satu lagi syarat tambahan untuk ikat jamin itu juga menetapkan Isyak mesti melaporkan diri dengan pegawai penyiasat kes setiap minggu dan ikat jamin akan dibatalkan jika dia gagal melapor diri kepada pegawai terbabit setiap minggu.

Ummu juga memberitahu Isyak bahawa jika mahkamah menerima sebarang aduan daripada mangsa atau mana-mana saksi sama ada menerusi telefon bimbit atau orang tengah, mahkamah mempunyai hak untuk membatalkan ikat jamin yang diberikan.

Ummu berkata syarat itu ditetapkan kerana Seksyen dan kesalahan yang dilakukan adalah satu kesalahan serius.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nur Syafiqah Suleiman menghujahkan pertuduhan itu tidak boleh diikat jamin.

Katanya, pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh atas dasar terdapat risiko sebenar tertuduh menganggu mangsa kerana sebelum ini mangsa adalah pemandu Grab ketika insiden itu berlaku dan identitinya mudah diperolehi.

Nur Syafiqah menambah, jika mahkamah mahu menetapkan ikat jamin, pendakwaan memohon ikat jamin ditetapkan sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan, dan Isyak perlu melaporkan diri kepada pegawai siasatan dua kali sebulan.

Isyak, yang tidak diwakili, memohon ikat jamin itu dikurangkan atas dasar dia bekerja sebagai konduktor bas dan tinggal di sebuah hostel di Inanam.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here