Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita China, juruterbang cedera luncur layar terhempas
Published on: Saturday, January 18, 2020
By: Clarence Dol
Text Size:

Wanita China, juruterbang cedera luncur layar terhempas
JURUTERBANG dan wanita itu selepas insiden tersebut.
LAHAD DATU: Seorang pelancong wanita dari China dan seorang juruterbang luncur layar tempatan nyaris maut selepas luncur layar itu terhempas dari ketinggian 15 meter, dekat sini, pada petang Jumaat.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 2.15 petang itu di kawasan Ranau Paragliding dekat Kompleks Sukan Ranau, mangsa Zhau Ting, 28, dan juruterbang Yusof Mamat, 48, sedang meluncur secara berpasangan apabila pergerakan angin luar biasa menyebabkan layar mereka berpintal.

Keadaan itu menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh ke dalam belukar berhampiran, di mana Zhau patah paha kanannya, sementara Yusof terseliuh kaki kanannya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, jabatannya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang lagi peluncur layar di tempat kejadian pada kira-kira pukul 2.24 petang dan mengerahkan sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS ke lokasi bersama enam anggota yang diketuai oleh Pegawai Kanan II Wasli Saupin.

“Ketika kami tiba di lokasi, kami menemukan dua mangsa berada dalam kesakitan. Kedua-duanya diberi rawatan kecemasan oleh unit EMRS sebelum diangkat dengan pengusung sejauh empat kilometer ke jalan utama,” katanya.

Ridwan berkata kedua-dua mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Ranau dengan kenderaan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 3.35 petang.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here