Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


PSS akan jadi Projek IC 2.0 dengan implikasi serius: Najib
Published on: Sunday, January 19, 2020
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

PSS akan jadi Projek IC 2.0 dengan implikasi serius: Najib
PAPAR:  Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  (gambar) memberi amaran bahawa Pas Sementara Sabah (PSS) yang dirancang untuk dilaksanakan Jun nanti, mungkin membuka laluan bagi Projek IC 2.0 di negeri ini.

Beliau berkata, hanya atas sebab itu, ia harus terus dibantah kerana ia membawa implikasi serius dari segi politik dan keselamatan bagi rakyat tulen Sabah. Beliau juga memberi beberapa sebab lain.

Beliau berkata ia (Projek IC 2.0) boleh dilakukan kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah memang ada mengesahkan kewujudan Projek IC (1.0) pada masa lalu yang menyebabkan sebilangan besar warga asing kini memegang dokumen Malaysia.

Dengan itu, Najib tidak menolak kemungkinan bahawa Projek IC 2.0 juga dapat dilaksanakan melalui PSS yang akan meminggirkan lagi masyarakat KadazanDusun-Murut.

Beliau berkata PSS akan menjejaskan dan memusnahkan masa depan rakyat Sabah kerana pelaksanaannya mempunyai impak negatif terhadap kedaulatan dan hak-hak rakyat di Sabah.

“Anak-anak pemegang PSS secara automatik akan mendapat kewarganegaraan Malaysia, bermakna dalam jangka masa panjang, anak-anak ini akan menjadi rakyat Malaysia di Sabah.

“Terdapat juga kemungkinan mengeluarkan MyKad di bawah Projek IC 2.0 yang akan mencetuskan akibat dan untuk anak-anak itu akhirnya mendapat IC Malaysia.

“Satu lagi, pelaksanaan PSS akan membuka mata rakan atau saudara mereka di Filipina yang mungkin mahu datang ke Sabah tidak lama lagi apabila mereka melihat betapa mudahnya mendapat dokumen PSS,” katanya.

Najib berkata terdapat juga kebimbangan implikasinya (PSS) terhadap keselamatan dan kemungkinan kejadian Tanduo 2.0 (pencerobohan kumpulan militan ke Tanduo, Lahad Datu) akan berlaku di mana penyeludupan senjata atau kumpulan bersenjata dapat diseludup masuk ke Sabah, yang akan memberi implikasi kepada kedaulatan negara dan keselamatan Sabah serta rakyat.

“Tentang aspek politik, sebaik mereka (anak-anak pemegang PSS) memiliki kewarganegaraan Malaysia, mereka secara automatik boleh menjadi pengundi dan lambat-laun mereka akan mendominasi landskap politik Sabah sementara masyarakat KadazanDusun-Murut (KDM) akan menjadi kumpulan minoriti di negeri ini,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu tidak mempunyai rancangan sebegitu – seperti dicadangkan sesetengah pihak – untuk melaksanakan Pas Residen atau Pas Sementara Sabah (PSS) dan ia hanya cadangan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk pengurusan pendatang tanpa izin di Sabah.

Najib menjawab pertanyaan media mengenai sama ada Kabinet Persekutuan di bawah BN mungkin meluluskan PSS jika ia dikemukakan untuk pertimbangan. Beliau mengesahkan penjelasan mengenai perkara itu oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal.

“Jika Pakatan Harapan dan Warisan dapat membatalkan projek lain, saya pasti ia tidak mustahil untuk mereka juga membatalkan PSS jika mereka berhasrat untuk melakukannya,” katanya, dalam pusingan kempen terakhir beliau, di sini, Jumaat lepas.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Induk dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan bekas Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut menafikan bahawa PSS termasuk dalam syor-syor RCI terhadap kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah, yang dikeluarkan pada Disember 2014.

Bagaimanapun, beliau mengaku terdapat cadangan untuk Pas Residen.

“Oleh sebab PSS ini dilihat sebagai langkah baik oleh Warisan dan PH, mereka tidak patut menuduh BN begitu saja tetapi hanya membatalkannya,” kata Najib.

Mengulas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman yang mengatakan bahawa pemegang PSS boleh pergi ke semenanjung selama sebulan, Najib berkata ia juga akan memberi implikasi kepada rakyat di semenanjung.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here