Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Sembilan balai bomba di Sabah dijangka siap 2021
Published on: Sunday, January 19, 2020
By: Ahmad Apong
Text Size:

Sembilan balai bomba di Sabah dijangka siap 2021
BEAUFORT:  Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat yang kini sedang dalam proses pembinaan di Sabah dijangka siap pada 2021, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Malaysia Zuraida Kamaruddin.

Salah satu Balai itu yang akan dibina adalah di Beaufort kini sedang menjalani kerja-kerja penimbusan tanah yang dibina bernilai RM6.3 juta bermula bermula Nobember tahun lalu dan dijangka siap Jun 2021.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian tapak pembinaan Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort pada Sabtu.

Pembinaan balai bomba baharu ini adalah untuk memindahkan balai bomba yang lama ke bangunan baharu berhampiran dengan Balai Polis dan Hospital ke tapak bersebelahan dengan kuarters bomba seluas 1.27 ekar daripada 2.9 ekar keluasan keseluruhannya.

“Saya harap dengan pembinaan balai baharu ini akan mampu meningkatkan mutu perkhidmatan bomba di Beaufort dan diharap masalah balai ini akan segera selesai,” katanya.

Pada masa yang sama Zuraida juga mengatakan Kementeriannya juga telah meluluskan kira-kira RM190,000 untuk menambahbaikan kuarters bomba yang sedia ada yang telah dibina sejak puluhan tahun lalu.

“Ini adalah untuk memastikan pegawi dan anggota Bomba selesa dan mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya.

Zuraida memberitahu Balai Bomba baharu ini dibina disebabkan oleh tapak balai bomba yang lama telah mendap menyebabkan kesemua struktur bangunan semakin hari semakin rosak oleh itu dan kita perlu memindahkannya ke tapak yang baharu.

Pada masa yang sama beliau juga mencadangkan agar lebih ramai golongan wanita menyertai pasukan Bomba.

“Kita tahu bahawa wanita juga mampu melakukan tugas-tugas seumpama ini seperti anggota bomba lelaki tapi mereka diperlukan untuk menggalas tugas seperti membantu mangsa-mangsa bencana untuk menyantuni mereka yang memerlukan,” katanya

Beliau berkata banyak yang mereka boleh lakukan dalam melancarkan tugas-tugas kebombaan antaranya mereka boleh jadi petugas bilik kawalan antara lain.

“Saya juga difahamkan bahawa terdapat juga pasukan-pasukan sukarelawan bomba telah ditubuhkan di daerah ini untuk membantu tugas bomba seperti Bomba Sukarela Komuniti Kampung Lubok Weston, Kampung Karangan, Rancangan Klias dan juga Bomba Komuniti Kilang Sawit,” katanya.

Mereka ini diwujudkan adalah untuk membantu di komuniti-komuniti masing-masing dalam membantu bertindak lebih awal untuk membantu masyarakat dalam kecemasan sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai-balai berhampiran.

Hadir sama Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Moh Dun, Adun Lumadan Matbali Musah, Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah Kamarulzaman Zaman Malik Abdullah serta pegawai-pegawi kanan Bomba Sabah, MPKK dan Pasukan-pasukan Bomba Sukarela.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here