Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat lelaki ditemui terapung di perairan Weston
Published on: Monday, January 20, 2020
By: Ahmad Apong
Text Size:

Mayat lelaki ditemui  terapung di perairan Weston
WESTON: Nelayan di Kampung Lubok Weston gempar setelah menemui mayat terapung di Kampung Batu-batu Lubok Weston pada petang Sabtu lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Mohammad Hasbolah Nenggok berkata  Jabatan Bomba yang menerima panggilan kecemasan itu berkata Bilik Kawalan Balai Bomba menerima panggilan pada kira-kira 4.26 petang.

“Pasukan Bomba dengan kekuatan enam anggota dibantu oleh empat orang Pasukan Bomba Sukarela Kg Lubok bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

“Setibanya pasukan Bomba dan Penyelamat dilokasi mendapati mayat seorang lelaki terapung dimuara sungai dan pasukan bomba dan penyelamat mengambil mayat dan di masukan ke dalam bot dan di bawa ke pesisir pantai dan di serahkan kepada pasukan pihak polis,” kata Mohmmad Hasbullah.

Ketua Polis Daerah DSP Azmir Abd Razak mengesahkan penemuan mayat itu di sini pada Ahad berkata bahawa mayat seorang lelaki telah ditemui lengkap berpakaian di perairan berhampiran dengan Lubok Weston.

“Mayat tersebut yang sukar dikenali dan berbau busuk keseluruhannya dan sudah dihantar ke Hospital untuk bedah siasat,” kata Azmir.

Pihak Polis sedang menyiasat mayat tersebut dan punca kematiannya dan berharap kerjasama orang ramai jika ada maklumat-maklumat tentang kematian lelaki tersebut.

“Saya meminta kerjasama orang ramai juga sesiapa yang kehilangan ahli keluarga mereka supaya tampil untuk mengecam mayat terbabit,” kata Azmir.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here