Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Tiga lelaki minta bicara tuduhan edar dadah
Published on: Tuesday, January 21, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Tiga lelaki minta bicara  tuduhan edar dadah
KOTA KINABALU: Tiga lelaki masing-masing meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin, bagi tuduhan mengedar dadah.

Anthony Chan Wei Onn, 26, Ang Eng Khong, 36, dan Muhamad Salipin Sahah Tamat, 28, yang dibawa ke hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, mengaku tidak bersalah secara berasingan kepada tuduhan terhadap mereka.

Chan dari Sarawak dituduh mengedar 2,129.1 gram syabu pada pukul 6.20 petang 12 Julai 2019 di premis J&T Express di tingkat bawah, Plaza Kolam Fasa 1, Jalan Lintas.

Ang, seorang pekerja rencam, didakwa mengedar 1,746 gram syabu pada pukul 4.30 petang 31 Oktober 2018 di Taman Awam Teluk Likas, di sini.

Salipin, yang menganggur, dituduh mengedar 1,977.8 gram kanabis pada pukul 6 petang 8 Jun 2018 di depan Hotel Bundusan, Beverly Hill, Jalan Bundusan di Penampang.

Mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati, atau penjara seumur hidup dengan sebatan tidak kurang daripada 15 kali jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Nurchaya diberitahu oleh pendakwaan bahawa mereka mempunyai sekitar lapan hingga 10 saksi bagi setiap kes.

Mahkamah menetapkan 12 Mac untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi dan Hurman Hussain menjalankan pendakwaan.

Peguam Kimberly Ye menggantikan peguam Ram Singh, yang mewakili Chan.

Ang diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang sementara Salipin diwakili oleh peguam dilantik Arthur Borine.

Ketiga-tiga tertuduh diperintah reman lanjut sementara menunggu tarikh itu kerana tuduhan-tuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here