Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Ambil syabu: Tiga lelaki dipenjara 5 tahun
Published on: Tuesday, January 21, 2020
Text Size:

Ambil syabu: Tiga lelaki dipenjara 5 tahun
KOTA KINABALU: Tiga lelaki masing-masing dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengulangi kesalahan mengambil syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Faizul Firdaus Salleh, Mohd Hazizan Matiasin, dan Ahmad Shahrizan Sari, yang mengaku bersalah secara berasingan kepada tuduhan terhadap mereka.

Mereka bertiga didapati mengambil dadah secara berasingan antara 20 Ogos dan 20 Ogos 2019 selepas kencing mereka diuji positif bagi dadah itu di balai polis di Beaufort dan di bandaraya.

Mereka mempunyai beberapa rekod sabitan mengambil dadah.

Tiga tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta sama yang membawa hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sekurang-kurangnya tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selepas menjalani hukuman penjara, mereka diperintah supaya ditempatkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah memerintah mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap. – CDB





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here