CBT: Ibu tunggal dipenjara dua tahun, didenda RM10,000
Published on: Tuesday, January 21, 2020
By: Cynthia D Baga
KOTA KINABALU: Seorang ibu tunggal berumur 47 tahun dipenjara dua tahun dan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan kerana melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jumlah RM225,912.24.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Siti Norlaily Narawi yang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dengan pembelaannya dan mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Isnin.
ADVERTISEMENT
Tuduhan menyatakan bahawa Siti Norlaily sebagai Pembantu Tadbir SM La Salle Tanjung Aru, diamanahkan dengan bayaran untuk perkhidmatan pembersihan dan hubungan kawalan keselamatan tetapi melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8 pagi dan 5 petang, antara 19 Mac 2014 dan 19 Disember 2014 di pejabat sekolah.
Kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun, serta dengan sebatan, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam Farazwin Haxdy yang mewakili Siti Norlaily, meminta hukuman ringan dengan mengatakan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya dan Siti Norlaily amat insaf.
ADVERTISEMENT
Farazwin memberitahu mahkamah bahawa Siti Norlaily adalah seorang ibu tunggal dengan empat anak yang semuanya bergantung padanya.
Menurut Farazwin, Siti Norlaily direman selama setahun tiga minggu sebelum dia dapat diikat jamin disebabkan masalah kewangan keluarga dalam mendapatkan wang jaminan.
ADVERTISEMENT
Farazwin juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mengalami asma dan juga gastrik akut.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab bahawa Siti Norlaily telah melakukan satu kesalahan serius.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Rustam berhujah bahawa sebagai Pembantu Tadbir sekolah itu, Siti Norlaily diamanahkan dengan wang itu tetapi melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan memasukkan wang itu ke dalam akaunnya sendiri.
Mahkamah memerintah Siti Norlaily menjadi hukuman penjara itu bermula Isnin.