Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Dua lelaki didakwa sebabkan kecederaan parah
Published on: Wednesday, January 22, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua lelaki didakwa sebabkan kecederaan parah
KOTA KINABALU: Dua lelaki didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki.

Reezid Kasmin dan Abdul Razif Juani, kedua-duanya berumur 30 tahun, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim kepada tuduhan terhadap mereka pada Selasa.

Bagaimanapun, penjatuhan hukuman mereka ditangguhkan ke 24 Februari sementara menunggu laporan perubatan dan laporan DNA mangsa.

Dua lelaki itu dituduh menyerang Mohd Bovi Wong, 26, dengan menggunakan sebilah pisau dan sebilah pedang pada pukul 11 malam 6 Januari tahun ini di depan Kedai Mike Café di Tuaran.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi rakan yang masih bebas.

Kesalahan di bawah Seksyen 326/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh itu, dua tertuduh diperintah reman lanjut kerana mahkamah tidak menawarkan ikat jamin kepada mereka.

Fakta kes menyatakan bahawa Wong sedang minum di kafe tersebut, apabila tiga lelaki bersenjata mendekatinya.

Wong melarikan diri ke belakang kafe itu tetapi telah dipukul dengan kayu oleh kumpulan lelaki itu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Reezid, Abdul Razif dan rakan mereka.

Reezid dan Abdul Razif juga didakwa melibas Wong beberapa kali dengan senjata mereka sehingga mangsa rebah ke tanah.

Wong mengalami kecederaan parah pada kaki kanannya, lengan kiri dan belakang lehernya.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa dua tertuduh telah menggunakan sebilah pisau dan sebilah pedang semasa insiden.

Di mahkamah lain, empat lelaki masing-masing dipenjara lima bulan kerana masuk ke negeri ini secara haram.

Mereka adalah Nani Lita, Baktiar Bakri, Johan Asdar dan Majhar Mat, yang mengaku memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Nani dan Baktiar juga masing-masing dikenakan satu sebatan.

Kesemua warga asing itu ditangkap pada 9 Januari tahun ini di kawasan Penampang selepas gagal menunjukkan dokumen mereka kepada polis semasa dokumentasi.

Selepas menjalani hukuman penjara, mereka diperintah rujuk kepada Jabatan Imigresen.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here