Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki kekal bebas tuduhan perdagang 3 wanita Filipina
Published on: Wednesday, January 22, 2020
Text Size:

Lelaki kekal bebas tuduhan  perdagang 3 wanita Filipina
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini mengesahkan pembebasan seorang lelaki daripada tiga tuduhan memperdagangkan tiga wanita warga Filipina untuk eksploitasi seks.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Labuan untuk melepaskan dan membebaskan Benedict Chai Jun Siang daripada tuduhan-tuduhan itu.

Mahkamah dalam keputusannya mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu.

Chai pada 11 Ogos 2017 dibebaskan daripada tuduhan-tuduhannya selepas pembelaannya.

Tuduhan menyatakan bahawa Chai didakwa memperdagang dua warga Filipina berumur 24 dan 32 tahun pada pukul 12.30 tengah hari 19 September 2013 di kuarters MR2 Rancha-Rancha di Labuan dan seorang lagi warga Filipina berumur 23 tahun pada tengah hari yang sama di kuarters MR2, Jalan Bunga Dahlia di Labuan.

Chai didakwa atas Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi setiap tuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Khairuddin Idris menjalankan pendakwaan sementara Chai diwakili oleh peguam Wan Kher Ching. – JAM 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here