Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penganggur didakwa edar syabu dibicara 11-13 Mei
Published on: Thursday, January 23, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penganggur didakwa edar syabu dibicara 11-13 Mei
KOTA KINABALU: Seorang penganggur lelaki berumur 32 tahun yang didakwa mengedar 77.27gm syabu akan dibicarakan pada 11-13 Mei.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad menetapkan tarikh perbicaraan baharu untuk Su Seow Huo pada Rabu semasa pengurusan kes pra-perbicaran.

Su didakwa melakukan kesalahan itu pukul 11.15 pagi pada 16 Mei, 2018 di kawasan perkarangan Pengawal Keselamatan di kondominium Hing Tower, Jalan Nosoob di Penampang.

Dia pada 4 Julai, 2019 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (DDA), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 15 kali sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Khairuddin Idris tampil untuk pendakwaam manakala peguam Amli Nohin mewakili Su.

Su diperintah direman lanjut kerana pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seorang lelaki didenda RM25 atau seminggu penjara kerana mengugut seorang lelaki.

Yap Meu Fatt mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana melakukan kesalahan itu pada 30 Disember tahun lepas di sebuah rumah di Damai Luyang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 atau penjara sehingga seminggu.

Inspektor Albert Basiri melakukan pendakwaan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here