Dua samun guru dijel 8 tahun, sebatan
Published on: Thursday, January 23, 2020
By: Cynthia D Baga
KOTA KINABALU: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan setiap seorang kerana menyamun seorang guru.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Baharum Baharim, 31, dan Md Muntansir Ramlie, 30, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas mereka.
ADVERTISEMENT
Mereka menyamun seseorang bernama Abdul Hamid Amiruddin dengan mengambil sebuah laptop, telefon bimbit, bank kuasa, dan kabel USB dengan mengacukannya dengan parang di sepanjang Jalan Wong Tun Yiong di Bukit Bendera, di sini pukul 5 pagi pada 21 Disember, 2019.
Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan, bersama seorang lagi tertuduh Muhaina Narajin, 34.
Muhaina mengaku terhadap pertuduhan itu namun kesnya akan disebut semula pada 17 Februari kerana dia mendakwa dia ketika ini hamil lima bulan.
Semasa mitigasinya, Baharum dan Md Muntansir yang diwakili oleh peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence merayu hukuman ringan.
ADVERTISEMENT
Lim berkata kedua-duanya adalah rakyat tempatan dan mengaku bersalah yang mana menjimatkan masa mahkamah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ameera Muhammad Ali menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan memandangkan kesalahan itu adalah serius.
ADVERTISEMENT
Beliau mengemukakan mangsa dalam kes itu mengalami kecederaan parah di mana dia menerima 11 jahitan di belakang kepalanya.
Mahkamah diberitahu ketika Abdul Hamid yang seorang guru di sekolah Indonesia, berdiri dekat sebuah hotel ketika menunggu kereta e-hailing kerana dia mahu pergi ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Tawau, pukul 8 pagi.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta yang dinaiki tiga orang mendekayinya dan salah seorang lelaki menawarkan untuk membawanya ke lapangan terbang.
Apabila dia memasuki kereta berkenaan, pemandu wanita yang kemudian dikenali sebagai Muhaina tidak memandu kereta itu ke lapangan terbang namun ke arah Bukit Bendera di sini dan dua lagi lelaki yang dikenal pasti sebagai Baharum dan Md Muntansir menyuruhnya menyerahkan barang-barangnya.
Satu pergelutan berlaku semasa insiden terbabit yang mana mangsa dipukul di belakang kepalanya dan apabila Abdul Hamid menjadi lemah, trio berkenaan menurunkannya di Jalan Wong Tun Yiong Bukit Bendera.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Dia berjaya mendapatkan bantuan daripada orang awam dan susulan laporan polis dibuat oleh Abdul Hamid, trio berkenaan ditahan.