Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Tambadau uji seorang lagi pemain import
Published on: Thursday, January 23, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Tambadau uji seorang  lagi pemain import
KOTA KINABALU: Tambadau Sabah akan menguji pemain antarabangsa Puerto Rico, Joseph Marrero Garcia sebagai pemain import kelima mereka pada perlawanan persahabatan kedua dan terakhir di Filipina menentang Stalion FC di Stadium Binan, Laguna, petang ini.

Pengurus pasukan Henry Saimpon berkata pemain tengah berumur 26 tahun itu berharap akan dapat bergandingan dengan rakan sepasukan kebangsaan Hector Omar Ramos Lebron yang kembali ke dalam pasukan selepas selang satu musim.

Sabah sebelum ini turut menandatangani penyerang Thai-Jerman berumur 28 tahun, Dennis Buschening, sementara pemain pertahanan Korea Selatan Park Tae Su dan penyerang Serbia, Rodoljub Paunovic dikekalkan dari musim lepas.

“Marrero akan bermain esok dalam perlawanan menentang Stalion. Kita akan lihat bagaimana prestasinya dan sama ada jurulaith Kurniawan (Dwi Yulianto) akan tertarik dengannya,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Tambadau Sabah membuka jelajah pra musim mereka di Filipina dengan kemenangan 2-0 menentang ​​​​​​​Kaya FC Iloilo di Binan Stadium, pada petang Selasa lepas.

Ketua jurulatih baharu Kurniawan bermula dengan kemenangan hasil gol Arius Dius Jais dan pemain tengah Azizzan Nordin pada separuh masa pertama.

Henry berkata ia adalah satu persembahan yang baik dan kagum dengan permainan pemain-pemain muda dalam pasukan itu.

“Semua pemain diberikan peluang untuk bermain dalam perlawanan itu dan pemain-pemain muda bersemangat tinggi dan agak mengagumkan kerana mereka cuba merebut tempat dalam kesebelasan utama.”

Bagaimanapun, beliau percaya pasukan itu masih memerlukan lebih banyak perlawanan sebagai persiapan menghadapi musim Liga Super yang akan bermula pada 1 Mac di mana mereka akan bermain menentang Polis pada perlawanan pembukaan.

“Ia masih terlalu awal untuk menilai pemain daripada perlawanan pertama dan kami mungkin memerlukan beberapa perlawanan untuk meningkatkan lagi pasukan.

“Keputusan bukan keutamaan kami di peringkat ini. Apa yang penting ialah untuk pemain-pemain memahami dan mampu melaksanakan sistem baharu yang diperkenalkan oleh jurulatih,” katanya. 

Henry, yang juga naib presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Datuk Peter Anthony atas sokongannya dalam membenarkan pasukan bermain dua perlawanan persahabatan di Filipina.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here