Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Cuba tipu JPN:  Tiga wanita  ditahan di Ranau
Published on: Thursday, February 13, 2020
By: Clarence George Dol
Text Size:

Cuba tipu JPN:  Tiga wanita  ditahan di Ranau
RANAU:  Tiga wanita, termasuk dua berbangsa Suluk, ditahan selama empat hari selepas seorang suspek rakyat tempatan didakwa cuba menipu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Ranau ketika memohon kad pengenalan.

Suspek tempatan, yang berumur 40an dari Kg Perancangan, direman di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ranau, Haizah Hj Tamin, pada Rabu.

Ketua Polis Ranau, DSP Sammy Newton (gambar) yang mengesahkan kes itu, berkata insiden itu yang berlaku pada 11 Februari lalu, disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

“Polis dimaklumkan dua wanita cuba menggunakan dokumen seorang individu yang sudah meninggal dunia untuk mendaftarkan kad pengenalan di JPN Ranau.

“Tiga suspek itu, termasuk dua warga asing berumur 30 dan 16 tahun, ditahan di pejabat JPN Ranau. Selain suspek, polis turut merampas barang lain seperti wang tunai RM5,000, sijil kahwin, sijil lahir dan dokumen lain,” katanya.

Sementara itu, Sammy menasihati penduduk dan warga maya di sini agar tidak terlibat dalam mana-mana sindiket memalsukan dokumen.

Katanya, kes itu akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here