HEADLINES :




Bicara polis bantuan didakwa seludup migran bermula
Published on: Friday, February 14, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

KOTA KINABALU: Perbicaraan seorang polis bantuan berumur 54 tahun, yang didakwa menyeludup pendatang tanpa izin dari Filipina bermula di Mahkamah Tinggi pada Khamis.

Jasnih Ot Ali @ Mohd Alli, yang bertugas di KKIA, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya terhadap pertuduhan menyeludup dua rakyat Filipina, salah satu daripadanya wanita, berumur 20 dan 55 tahun, pukul 5.15 petang antara Februari 2017 dan 24 Oktober, 2018, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Dia pada 25 Februari, 2019 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 itu yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Khairuddin Idris ketika menyampaikan hujahan pembukaannya, memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim bahawa pendakwaan akan memanggil saksi utama untuk membuktikan Jasni menjalankan penyeludupan migran khususnya dua rakyat Filipina itu.

Pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan lisan dan dokumentar bagi membuktikan bahawa dua rakyat Filipina terbabit sebenarnya migran yang diseludup, kata DPP Mohd Khairuddin.

Tambahnya, kesemua yang dikemukakan kemudian akan membantu mahkamah mencapai kesimpulan pada hujunag perbicaraan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan atau sebab untuk mempercayai bahawa pintu masuk atau keluar migran yang diseludup itu adalah dari segi undang-undang dan akan sewajarnya menyabitkan tertuduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 26A.

Terdahulu, mahkamah menyampaikan keputusannya mengenai permohonan oleh peguam Hamid Ismail, yang mewakili Jasnih dan seorang lagi tertuduh Basri Jalal, yang juga didakwa atas kesalahan sama, untuk pertanyaan undang-undang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Shim berkata selepas membaca hujahan daripada kedua-dua pihak dan pendengaran peguam untuk pendakwaan dan tertuduh, permohonan untuk rujukan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 adalah ditolak.

“Mahkamah ini mempunyai kedudukan untuk memastikan isu perlembagaan seumpama itu apabila ia berbangkit,” kata Shim.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular