HEADLINES :




Kereta curi: Peniaga kena tujuh tahun
Published on: Friday, February 14, 2020
Text Size:

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berumur 42 tahun dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun kerana berniaga sebuah Toyota Hilux curi di Miri Sarawak.

Timbalan Pendaftar Cindy Mc Juce Balitus yang duduk selaku Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu ke atas Tiong Hook Chiong selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah terhadapnya.

Tiong didapati bersalah melakukan kesalahan itu dengan seorang yang lagi yang masih bebas, antara 15 Februari dan 15 Mac, 2018 di Desa Indah Fasa 3, Bandar Baru Permyjaya Tudan.

Pertuduhan itu menyatakan kenderaan curi itu kepunyaan seseorang bernama Razak Tambi, 55, dan kenderaan itu dilaporkan hilang di Putatan.

Tiong disabit kesalahan di bawah Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

Dalam mitigasinya, menerusi peguamnya Dominic Chew dan Aida Jaafar Mad Ariff, merayu bon berkelakuan baik.

Aida memaklumkan mahkamah bahawa Tiong sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Menurut Aida, semasa insiden Tiong tidak melakukan sebarang keganasan.

Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas dasar jenayah yang dilakukan oleh Tiong menyebabkan kerugian bukan saja kepada pemilik kereta tetapi juga kepada pengadu kes.

Mahkamah memerintahkan Tiong menjalani hukuman penjara itu dari tarikh sabitannya dan mengembalikan kenderaan itu kepada pemiliknya.

Bagaimanapun, Chew memohon penangguhan hukuman dengan mengatakan Tiong merupakan pencari nafkah keluarganya dan selain daripada dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Mass Izzaty membantah permohonan itu dengan menghujahkan tidak ada sebab tertentu yang mewajarkan penangguhan berkenaan,

Katanya, sabitan itu dibuat berdasarkan perbicaraan yang dijalankan sewajarnya dan tanpa sebarang kekhilafan, bagaimanapun jika budi bicara mahkamah membenarkan permohonan terbabit, pendakwaan meminta rayuan mesti difailkan dalam tempoh ditetapkan dengan ikat jamin ditingkatkan dengan tambahan RM5,000.

Mahkamah membenarkan penangguhan itu dengan ikat jamin tambahan sebanyak RM5,000. – Cynthia D Baga



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular