HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Didenda RM63,310 miliki barang kawalan tanpa permit
Published on: Friday, February 14, 2020
Text Size:

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rakyat Filipina berumur 23 tahun didenda berjumlah RM63,310 atau lapan bulan penjara kerana memiliki barangan kawalan tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Islam Jahari Baraluddin yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya pada Khamis.

Mahkamah memerintahkan Nur Islam membayar denda yang mana sepuluh ganda lebih tinggi daripada nilai barangan yang dirampas berjumlah RM6,331.

Nur Islam memiliki barangan kawalan iaitu, enam kotak minyak masa, enam unit tong gas, 150 liter petrol dan 2,543 liter diesel tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa.

Dia melakukan kesalahan itu pukul 5.50 petang pada 30 Januari tahun ini di dalam sebuah kapal nelayan dekat Muara Marina di Kudat. Kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM1 juta untuk kesalahan pertama atau, kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, peguam Dato’ Seri Rakhbir Singh yang mewakili Nur Islam, merayu denda minimum kerana semua barangan itu dirampas dan ia juga adalah satu hukuman kepada Nur Islam.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mahkamah turut memerintahkan semua barang dirampas supaya disita oleh pendakwaan dan juga kapal berkenaan. – Cynthia D Baga

 


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular