Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Boat karam di Sandakan: Mayat anggota polis hilang ditemui
Published on: Friday, February 14, 2020
Text Size:

Boat karam di Sandakan: Mayat anggota polis hilang ditemui
SANDAKAN: Mayat anggota polis yang hilang selepas nahas dua bot di perairan Sandakan pada Khamis telah dijumpai.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sandakan, Kapten Zainudin Mohd Zuki berkata Koperal Asman Ongkal (gambar) ditemui pada 6.22 Jumaat petang oleh nelayan kira-kira 1 kilometer dari lokasi nahas tersebut.

Bekas angota Pasukan Gerakan Am itu didapati masih berpakaian lengkap, kata Zainudin, sambil menambah keluarga telah mengenal pasti mayat itu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent dan polis telah mengambil alih kes, tambah Zainudin.

Ketua polis Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian melalui kelalaian.

Asman hilang selepas menyelamatkan penumpang lain termasuk anak lelakinya selepas bot yang dinaiki dari Pulau Kampung Tanjung Aru ke jeti Sandakan berlanggar dengan bot lain.

* Dapatkan naskhah Daily Express anda esok untuk laporan penuh.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here