Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Perkhidmatan bot khas perlu untuk pelajar Sandakan: Vivian
Published on: Saturday, February 15, 2020
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Perkhidmatan bot khas perlu untuk pelajar Sandakan: Vivian
Gambar fail dari Bernama.
SANDAKAN: Perkhidmatan bot khas untuk mengambil dan menghantar pelajar sekolah dari Kg Pulau Tanjung Aru ke tanah besar Sandakan adalah perlu untuk kemudahan mereka.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, cadangan awal ini juga akan meneliti pemberian subsidi tambang kepada pengendali bot dan mengurangkan kos perbelanjaan pelajar sekolah kawasan ini.

“Kami juga ada menerima cadangan bot khas ini daripada ibu bapa pelajar di Kg Pulau Tanjung Aru.

“Kami akan mengkaji pendekatan dan cadangan terbaik yang kami terima daripada penduduk khasnya bagi membantu pelajar yang menggunakan pengangkutan laut ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus melawat Kg Pulau Tanjung Aru pada Jumaat.

Semasa lawatan itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 28 pelajar sekolah menengah dan orang awam yang terbabit dalam insiden bot karam pada Khamis. Sesi dialog bersama penduduk juga diadakan pada majlis sama bagi mengetahui keperluan penduduk khususnya anak-anak yang pergi ke sekolah-sekolah di Sandakan dari kampung itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata sebuah sekolah menengah amat diperlukan di Kg Pulau Tanjung Aru. Menurutnya, permohonan itu itu dikemukakan sejak dahulu lagi namun masih belum diluluskan.

“Kita berharap kementerian pendidikan dapat mempertimbangkan permohonan ini dalam pusingan Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

“Jika pembinaan sekolah menengah ini belum dapat dilaksanakan, kita berharap sebuah asrama untuk pelajar dari kawasan pulau kawasan Sukau yang bersekolah di Bandar Sandakan, dapat dibina bagi kemudahan mereka yang menggunakan laluan laut setiap kali pergi dan balik ke sekolah,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kepada mangsa dan ahli keluarga bot karam tersebut, pada Jumaat. Pada acara itu, Saddi turut menyampaikan sumbangan kepada kesemua mangsa. Dalam pada itu, Saddi berharap semua pemilik dan pengendali bot terus mematuhi peraturan pengendalian bot dan mengutamakan keselamatan penumpang seperti syarat dalam lesen mereka.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here