Gajah di Lahad Datu mati akibat keracunan
Published on: Saturday, February 15, 2020
By: Bernama
LAHAD DATU: Seekor gajah betina dewasa yang ditemui mati di Ladang Bagahak 1, dekat sini, Rabu lalu, dipercayai mengalami keracunan akut sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organnya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Lahad Datu, Sylvester Saimin, berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan luaran dan darah mengalir dari orifis rektum (lubung dubur), mulut dan telinga haiwan itu.ADVERTISEMENT
Organ gajah berumur antara 30 dan 35 tahun itu dilaporkan mengalami hepatomergali (hati membengak) selaras dengan tanda-tanda keracunan, katanya kepada pemberita. di sini, pada Jumaat. – Bernama