Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Amaran jangan buat  pembakaran terbuka
Published on: Sunday, February 16, 2020
By: Ahmad Apong
Text Size:

Amaran jangan buat  pembakaran terbuka
BEAUFORT: Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang membuat pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering di daerah ini, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohammad Hasbolah Nenggok.

Katanya, orang ramai perlu mengelakkan melakukan aktiviti pembakaran terbuka, khususnya untuk membersihkan ladang atau tanah mereka, pada waktu ini.

“Pembakaran terbuka kerap berlaku di ladang nanas di Kg Takuli dan beberapa kawasan lain di mana ia mudah terbakar kerana ia adalah tanah paya gambut,” katanya kepada Daily Express selepas pasukannya memadamkan kebakaran di tanah paya gambut di Kg Takuli, di sini.

Hasbolah berkata petani perlu tahu bahawa kebakaran di tanah gambut mengambil masa lama untuk dipadamkan kerana ia tidak dapat dijangka dan dikawal.

Perokok, tambahnya, perlu mengelak membuang puntung rokok di mana-mana kawasan di sepanjang tepi jalan kerana ini juga boleh menyebabkan kebakaran. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here