Premis jual topeng muka mahal dikompaun RM20,000
Published on: Sunday, February 16, 2020
By: R Gonzales
TUARAN: Sebuah premis di daerah ini yang menjual topeng muka lebih daripada harga kditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, pada Sabtu.
Ketua Cawangan KPDNHEP Daerah Tuaran, Siti Kamaliah Syamsuddin ditemui berkata, kompaun itu dikeluarkan kira-kira 11 pagi susulan aduan orang awam.ADVERTISEMENT
“Sejak 29 Januari lalu, kita sudah menjalankan pemeriksaan harga kawalan sebanyak 75 premis di sekitar daerah ini.
“Hari ini, kita turut menerima aduan orang awam berkenaan topeng muka yang dijual lebih mahal dan dua anggota ditugaskan untuk memantau lokasi,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menemui kakitangan premis berkenaan selepas pemeriksaan dijalankan dan mengeluarkan kompaun berjumlah RM20,000 kepada premis terbabit atas kesalahan menjual topeng muka lebih dari harga kawalan.
“Harga maksimum runcit sekotak berisi 100 keping topeng muka sepatutnya RM10 namun premis itu menjualnya dengan harga RM10.90.ADVERTISEMENT
“Harga itu melebihi sebanyak 90 sen namun tindakan tetap diambil mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” ujarnya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Siti Kamalliah berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berterusan di sekitar Tuaran disusuli daerah Kota Belud serta Ranau.
ADVERTISEMENT
“Sekiranya pengguna menghadapi masalah dari segi harga jualan topeng muka atau barangan lain, sila kemukakan aduan ke pejabat KPDNHEP negeri atau cawangan berdekatan,” katanya.