Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Melissa ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-21
Published on: Tuesday, February 18, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Melissa ungguli Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-21
KOTA KINABALU: Melissa Yong merangkul hadiah utama pada Regata Terbuka Hari Bandaraya ke-21 yang diadakan di Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) pada Ahad.

Pelayar KYC itu dengan Mohd Faizal Mohd Shakir sebagai kru, memenangi gelaran keseluruhan Antarabangsa 470, mengatasi pemenang kategori veteran Leonard Chin bersama kru Tania William, dan Mohd Helmi Jasman/Razlan Ramli di tempat ketiga. Kedua-dua Melissa dan Helmi adalah pemenang kelas terbuka dengan Thomas Kong/Andrew Moligan di tempat ketiga, sementara naib juara kelas veteran dimenangi oleh John Andrew Malthouse/Aisah Chong disusuli Michael R Hastie/Lee Kar Yarn & Dr Ho Siang Boon di tempat ketiga.

Dalam kelas Laser 420, pemenang jatuh kepada Zaifah Zairie Haidy Zainal dan tiga pemenang teratas dalam Laser 4.7 ialah Mohd Shahieran Raiman, Syahzharoul Aiman Rozaiman dan Evan Teo Hao Yang.

Muhd Afiq Irsyad Adam memenangi gelaran Laser Terbuka, menewaskan Nasiruddin Harun dan Muhd Zahimulhakim Zainal yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Afiq dan Nasiruddin merupakan dua pemenang teratas dalam kelas Laser Radial dengan Velan Grant di tempat ketiga, sementara Zahimulhakim merupakan pemenang dalam kelas Laser Standard.

Gelaran Terbuka Windsurf dimenangi oleh Nick Boura disusuli Abidin Aliakbar dan Mitchell Cini.

Prof. Dr Jason Teo Tze Wi, Hanafee Latif dan Mohd Fadzlin Hassan menamatkan saingan sebagai pemenang tiga teratas dalam kelas Starboard Phantom 295, sementara kelas Terbuka Techno dimenangi oleh Mohd Azmi Mohd Khamis dan Lucqmann Racheed di tempat kedua. Dalam kelas Terbuka Windsurfing Novis, pemenang wanita Amabel Seo Min Hui menewaskan pemenang lelaki Brandon Yap Zhen Xian dengan Sandeep Songh Gill di tempat ketiga. Tempat ketiga di belakang Brandan dan Sandeep dalam kelas lelaki ialah Koh Yeh Siang sementara Jennisfer Chin Kui Fun dan Tomoko Yokoyama menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga dalam kelas wanita.

Amabel turut memenangi gelaran wanita Stand Up Paddle (SUP) disusuli Reina Yin dan Tomoko dengan tiga pemenang teratas dalam kelas lelaki ialah Nick Boura, Wilson Goh dan Muhd Fadzlin Hassan.

Dalam kelas Perseorangan Lelaki Kanu, tempat pertama dimenangi oleh Wong Yun Hann dengan Koh Cheng Hsing dan Hanafee Latip di tempat kedua dan ketiga.

Gelaran Terbuka Optimis dimenangi oleh Mohd Syahieradham Raiman dengan tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Zeti Idina Zainal dan Wong Xiang, dan tiga pemenang itu turut mengisi tiga tempat teratas dalam Divisyen A.

Syahieradham dan Wong turut memenangi dua tempat teratas dalam kelas Lelaki dengan Laurenz Leonardo Daim di tempat ketiga, sementara Zeti memenangi gelaran wantia disusuli Nur Awatid Safri dan Kee Aleanan Abdullah.

Gelaran Divisyen B dimenangi oleh Nur Hafizahanani Zailan disusuli oleh Kee Aleana Adbullah dan Bibi Qeensha Mohd Faizal.

Muhd If-Titah Andi merupakan pemenang dalam Divisyen C, tempat kedua ialah Mohd Aiman Aqeel Mohd Firdaus dan Elizabeth Wong Xin Ni di tempat ketiga.

Dalam Keseluruhan Novis, gelaran dimenangi oleh Ziqri Luqman Zainal dengan Danyal Marczqui Rahmat Haron dan Nascar Chong Na Jia di tempat kedua dan ketiga.

Kira-kira 100 pelayar dari sembilan pasukan mengambil bahagian dalam acara tahunan itu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking merupakan tetamu kehormat pada majlis penutupan yang turut menyampaikan hadiah utama.

Turut hadir ialah komodor KYC Albert Shim dan naib komodor Ronald Cooke serta pegawai lain.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here