Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


KPLB akan dapatkan peruntukan asal: Ewon
Published on: Wednesday, February 19, 2020
By: Ottey Peter
Text Size:

KPLB akan dapatkan  peruntukan asal: Ewon
KOTA KINABALU:  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengalami sedikit rintangan dalam melaksanakan dua programnya, iaitu program pembangunan keusahawanan luar bandar dan satu program pembangunan satu produk satu daerah yang mana peruntukannya telah dikurangkan tahun ini.

Menteri, Datuk Ewon Benedick, bagaimanapun berkata, beliau akan terus berusaha untuk mendapatkan semula peruntukan yang disediakan untuk kedua-dua program, yang telah diperuntukkan hanya RM1 juta tahun ini, yang jauh lebih rendah daripada RM3 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

“Saya kini berusaha untuk mendapatkan peruntukan asal (seperti tahun lepas) diberikan kepada program-program ini di bawah belanjawan tambahan yang akan dibentangkan pada Ogos tahun ini.

“Peruntukan itu penting kerana ia melibatkan sumber pendapatan usahawan luar bandar dan saya yakin bahawa bukan sahaja kita menyediakan pekerjaan tetapi pada masa yang sama ia juga mewujudkan pekerjaan oleh itu, belanjawan ini perlu dikembalikan supaya kementerian saya dapat membantu mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 3 yang diadakan di Grand Borneo Hotel di sini, Selasa.

Kira-kira 40 peserta seluruh Sabah, terdiri daripada penanam lada dan usahwan telah menyertai bengkel itu.

Ewon berkata bengkel itu mendedahkan usahawan dengan pelbagai kursus dan latihan berkaitan dengan pembangunan produk nilai tambah untuk mempelbagaikan lagi penggunaan lada yang inovatif dan komersial.

Beliau berkata usahawan akan mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan lada mereka melalui penyertan pameran tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan di negara ini.

“Saya difahamkan bahawa terdapat dua lagi program akan diadakan pada tahun ini, pertama di Sibu, Sarawak bermula 24 Januari dan kedua ialah di  Bintulu, Sarawak bermula 5 hingga 7 Februari.

“Program sedemikian merupakan perkembangan positif di negara kita kerana ia bukan sahaja mengoptimumkan sumber dan kepakaran, tetapi ia juga merupakan sumber pendapatan. Saya percaya bahawa jika diberi peluang, kumpulan berpotensi ini pasti ingin mengembangkan perniagaan kecil mereka ke peringkat seterusnya,” katanya.

Ewon berkata kira-kira 40 hektar ditanam dengan lada di seluruh Sabah, menurut Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Beliau berkata kementeriannya dan MPB bekerja rapat untuk mempromosikan dan memajukan penanaman lada di Sabah.

“Mungkin ada lebih banyak ladang lada di Negeri yang tidak didaftarkan dengan MPB kerana beberapa di antaranya mengusahakannya secara kecil-kecilan.

“Kementerian saya melihat kesesuaian lada untuk diusahakan di kawasan Mini Estet Sejahtera (Mesej). Saya ingin bermula di Kemambong dan semoga penanaman akan bermula pada bulan Ogos atau September, tahun ini,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Othman Sajili turut hadir.

Othman berkata harga lada Sabah bernilai RM13 sekilo berbanding Sarawak RM6 hingga RM9 sekilogram.

Beliau berkata ini kerana ramai penanam lada menjual terus kepada pembeli.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here