Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Covid-19: Suami isteri ditahan di Labuan
Published on: Thursday, February 20, 2020
By: Iffah Dilaney
Text Size:

Covid-19: Suami isteri ditahan di Labuan
LABUAN: Pihak berkuasa kesihatan menahan sepasang suami isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan di sini, malam Selasa lalu, selepas mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan koronavirus (Covid-19).

Lelaki itu, 30, dari Labuan, dan isterinya, 22, seorang warganegara China dari wilayah Shandong, ditahan setelah tiba dari Kuala Lumpur selepas Imigresen mendapati mereka telah melawat China baru-baru ini.

Selepas pemeriksaan oleh pegawai kesihatan, mereka disyaki mempunyai tanda-tanda jangkitan virus itu dan segera dibawa ke hospital.

Berdasarkan siasatan awal, pasangan itu baru kembali dari Xiamen, China pada 17 Februari dan menaiki penerbangan ke Labuan pada malam Selasa.

Si isteri mengaku dia mengalami batuk sejak dua minggu lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata suami isteri itu dikuarantin di wad isolasi di Hospital Labuan.

“Ia sebahagian daripada inisiatif jabatan untuk memastikan kes disyaki, dikaji dan dipantau awal,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Keputusan ujian hanya akan didapati selepas 24 hingga 72 jam bergantung pada kes.

Daily Express mendapat tahu bahawa polis sedang membantu Kementerian Kesihatan mengesan penumpang-penumpang yang duduk di sebelah dan berdekatan dengan pasangan itu dalam penerbangan sama.

Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi di sini telah dikuarantin sejak Isnin lepas setelah tiba dari China.

Pelajar itu, yang dalam keadaan kesihatan baik, kini menjalani pengajian secara dalam talian.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here