Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Rompak: Lelaki lepas tanpa bebas
Published on: Thursday, February 20, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Rompak: Lelaki lepas tanpa bebas
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 24 tahun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan merompak telefon bimbit seorang pengawal keselamatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus memberikan DNAA kepada Baharudin Omar selepas pengadu kes memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak berhasrat untuk meneruskan kes terbabit.

Pengadu turut membuat laporan polis untuk menarik balik laporan polis terhadap Baharudin sebelum ini.

Semasa prosiding, pengadu yang hadir di mahkamah memaklumkan bahawa dia tidak mahu meneruskan kes itu kerana dia sudah menemukan telefon bimbitnya.

Kepada satu soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman, pengadu berkata dia tahu kesan jika tidak meneruskan kes berkenaan.

Mahkamah kemudian bertanyakan pengadu sama ada dia mengenali Baharudin dan pengadu berkata dia tidak mengenalinya (Baharudin). Baharudin didakwa menyamun telefon bimbit lelaki berkenaan pukul 1 pagi pada 1 Januari tahun ini di Pantai Tanjung Aru, di sini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas.

Kesalahan di bawah Seksyen 392/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here