Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Geran komunal Tatalaan II dibatal, diganti geran individu
Published on: Saturday, February 22, 2020
By: Bernama
Text Size:

Geran komunal Tatalaan II dibatal, diganti geran individu
KENINGAU: Kawasan geran komunal Tatalaan II di Nabawan seluas 3,530 hektar dibatalkan dan akan dikeluarkan geran individu kepada 813 benefisiari atau 475 isi rumah yang terdiri daripada penduduk luar bandar, menurut Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Mashor Mohd Jaini.

Beliau berkata pada 23 November tahun lepas, kerajaan negeri melalui pejabat Setiausaha Hasil Bumi meluluskan geran komunal di kawasan itu dan melantik syarikat Brilliant Junction Sdn Bhd., sebagai pemaju bagi tujuan pembersihan dan pengambilan sisa-sisa kayu.

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur membatalkan geran komunal dan akan dikeluarkan geran individu kepada benefisiari,” katanya selepas Majlis Penutupan Kursus Malim FMU10, di sini, Khamis lepas.

Menurutnya, keputusan melantik Brilliant Junction itu mendapat sokongan Jawatankuasa Kampung Tatalaan II untuk mengadakan usaha sama melaksanakan pembersihan untuk mempercepatkan kerja pengukuran pecah bahagi lot individu.

Katanya, benefisiari dijangka akan mendapat geran individu lebih cepat dan dapat mengurangkan kos kepada kerajaan negeri kerana kos pengukuran lot perlu ditanggung oleh syarikat pemaju dilantik kerajaan negeri.

Mashor berkata pemaju juga telah mendepositkan sejumlah RM2.48 juta sebagai salah satu syarat yang perlu dipenuhi sebagai jaminan menyelesaikan kerja pengukuran pecah bahagi lot individu untuk benefisiari.

Beliau berkata dalam proses pemaju menjalankan kerja-kerja pembersihan, terdapat pokok-pokok mempunyai nilai komersil yang boleh dipasarkan sebagai menampung kos pembangunan dan pengukuran yang disyaratkan kepada mereka.

Kayu balak yang dihasilkan dianggap sebagai hasil sampingan daripada pembersihan di kawasan geran komunal tersebut, katanya. – Bernama 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here